Saturday, October 20, 2012

Saad bin Abi Waqqas

Saad bin Abi Waqqas merupakan suku kaum dari Bani Zuhrah dan berasal dari kota Mekah. Bertubuh tegap dan memeluk Islam ketika berumur 17 tahun. Di Mekah, Saad Bin Abi Waqqas adalah seorang pembuat busur panah dan anak panah, beliau juga cekap dan mempunyai kemahiran dalam memanah. Semasa Perang Uhud, beliau juga bersama sama dengan sahabat Rasulullah mempertahankan Rasulullah daripada dicederakan. Pada tahun 626 masihi, semasa zaman pemerintahan Umar Al Khattab, Rostam Farrokhzad mengetuai tentera Parsi dengan kekuatan 120,000 bagi menyeberangi Sungai Furat ke al-Qadisiyyah di Hilla, Iraq untuk menumpaskan tentera Islam. Tetapi sejarawan menganggap keputusan ini kurang bijak. Umar Al Khattab mengutuskan Saad Bin Abi Waqqas bersama 30 ribu tentera untuk menyerang tentera Parsi. Perang ini berlangsung selama 4 hari. Di hari terakhir, Saad menggunakan tentera pemanah. Sesuai dengan kemahirannya yang cekap memanah. Akhirnya, tentera Islam berjaya menewaskan tentera Parsi. Tentera Islam yang syahid berjumlah 7 ribu orang. Tentera Parsi pula berjumlah 70 ribu orang yang terkoban. Ini kejayaan yang cukup besar bagi Saad dan beliau digelar Pahlawan Al-Qadisiyyah. Terdapat dalam beberapa cerita yang membuktikan Saad ini seorang pemanah yang begitu handal.

             Pandai pandai lah korang search sendiri. Hehe.



"Aku adalah anak panah daripada panahan Islam, kemana saja aku
dicampakkan, disitulah aku akan berjuang" - Saad Bin Abi Waqqas

No comments:

Post a Comment